Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, July 26, 2013

hidup biar sedap

lama x cerita pasal Khaalis kat sini.
Anak makin membesar, makin berakal, makin byk ragamnya.
sejak umur masuk 2 tahun dia terlalu obsess dgn kereta main yg dia panggil 'car'.
oh bukan aje kereta mainan, kereta kat atas jln raya pun dia obsess. sepanjang jalan dia akan sebut 'itu car aishh (khaalis)'
sejak tu la kalau ke toys r us, dia takkan cari toys lain except car...car..car..!

ni masa di Sandakan bulan June lepas. 2nd time dia naik flight. dah pandai tiru gaya flight take off dgn masa landing.
Sepilok Orang Utan Park

Wednesday, January 2, 2013

demam


rasa nak demam je bila sebut atau dengar perkataan ini.. DEMAM..

kepala otak terus teringat detik2 kelam sepanjang minggu lepas.
khaalis was admitted for 6 days...

yes...6 days due to high fever. 6 days u olls...!!!

Alhamdulillah:

1. sebab daddy khaalis sanggup bertukar2 shift utk menjaga khaalis. Saya tak berapa sihat
maka kami bergilir2 menjaga khaalis.

9am - 3pm : mommy
3pm - 6pm : daddy
6pm - 9pm : mommy
9pm - 9am : daddy

ramai la mak2 yg menjaga anak di hosp tu kagum tgk kegigihan daddy jaga khaalis.
ada jugak sekali tu ida yg ganti mommy jaga khaalis. sebab mommy tak larat demam. itu pun
diorg kagum..khaalis rapat dgn ramai org...

2. sebab ada family around us.
masuk pulak hosp raub. maka ramai la yg menjadi pelawat tetap
khaalis, tukang hantar makan, tukang masak, tukar basuh kain etc
terima kasih atok, uwan, granny yg tak failed hantar makanan n toys, mak ida for the "aummmm", mak shu icha, atok sempam,
moyang dong, moyang sempam, nenda, tok de, wan tam, wan ngah fizah yg setiap kali dtg sure kena halau dgn khaalis,
sms/calls from mak syiraf, ibu, ayah, maklong lin, aunty ayin, aunty joy, aunty E and etc..etc..etc..

3. walaupun pd mula hati mmg tak tenang sebab suhu badan khaalis naik turun (nurse ckp graf x cantik) tp alhamdulillah towards the end tu
berkat doa ramai pihak terutama atok amma yg tak missed solat hajat akhirnya khaalis kembali sihat


nurses pun semua baik2. cuma masalah dekat wad kanank-kanak raub tu ialah lampu malap..toilet x de lampu..hadoii...


Wednesday, December 19, 2012

Ahmad Aalee Khaalis growing up moments:


(these stories are not in order as I cant remember the date and day plus time when these were happened)

# 1

masa menghadiri majlis tahlil arwah wan long fatimah (al-fatihah utk roh arwah) khaalis tak duduk diam. wpun first time dtg rumah aki teh dia aktif mcm biasa.
dtg sorang makcik (nenek la utk khaalis) ni cubit2 pipi khaalis sambil sebut "tomei..tomei..tomei"
khaalis terus melompat dan menyilang tgn sambil menjerit 'tomen...tomen..tomenn"
- makcik tu mmg sy tgk dari time baca yaasin pun dia sengeh2 pandang khaalis.
- khaalis ingat makcik tu ckp 'ultraman' padahal makcik tu ckp 'comel'

# 2

setiap kali adik saya, Ida dtg, Khaalis akan menunjukkan kegembiraan yg di tahap melampau.hahhaha..
jerit2 happy..tepuk2 tgn. terus meluru kat Mak Ida dia dan memeluk erat.
Tapi lepas tu dia pegang handbag Ida dan sebut "Nak Aumm"
hahhahah..itulah motifnya..udang disebalik kuetiaw...dia nk tgk Puss In Boots yg entah brapa ribu kali
dia tengok (bak kata Syiraf)

# 3

iyer...entah brapa ribu kali Khaalis tgk Puss In Boots. Pantang nampak tab or laptop dia terus nk "Aummmm"
sampai sy pun malas nk bawak balik laptop ke rumah (tambah pulak malas nk menambah beban mengangkut lappy)
last 3 wks, Khaalis demam panas. Kami bw jumpa doktor. Masa mula2 doktor check, dia ok. tersengih sengih.
tp bila masa doktor key in infos dalam pc dan khaalis terperasan bahawa terdapatnya computer di situ,
terus dia jerit "aaa...aa...aummmmm" mula2 saya tak faham. Ingatkan dia tunjuk tools yg ada atas meja doc. lepas tanya
dia nak apa sebenarnya, dia terus tunjuk monitor pc doc tu...ohhh nak tgk Puss In Boots. Terus doc gelak !!


# 4

Khaalis di dapur dengan atok. Kemudian atok menyakat dengan mengejar Khaalis. Khaalis lari sambil ketawa meluru ke arah wan. Wan tanya "kenapa syg?" Khaalis jwb "Hantu atok".
Hahaha..
memang lucu..tp kitorg tak suka yg dia dah tau pasal hantu..hantu ni.

saya pernah dtg ke nursery khaalis. tp sy hanya mengintai di tingkp disebabkan khaalis sedang mandi masa tu.
tetiba dtg few kids ke arah pintu..lepas tu diorg sambil gelak ketawa lari daripada tingkap sambil menjerit
"hantuuuuuuu". kemudian ada seorg budak ckp "itu bukan hantu lah, itu mommy khaalish"

so sah lah, dia dpt tau 'hantu' kat nursery.

# 5

Mat Abu !! agak2 ada tak emak bapak zaman skrg nk namakan anak diorg "Mat Abu"? hahhahah

Al kisah, atok dgn wan khaalis jemput khaalis dekat nursery. Wan terkejut sebab ada seorng budak (nampak lg besar dr khaalis) yg amat iras dengan rupa Khaalis berdiri di sebelah Khaalis.
so wan ni tanya la budak tu "sapa nama adik?" tak sempat budak tu nk menjawab, Ahmad Aalee yg menjawab dahulu "Ma Abu"
hahhahha..wan tak percaya so wan tanya pengasuh kat situ sapa nama budak tu. Pengasuh tu jwb "Mat Abu"....

hahhahhahah....elok la Mat Ali kawan dgn Mat Abu !!!

Tuesday, December 18, 2012


dah lama tak update cerita pasal hidup ini. saya terlalu busy..busy dgn kerjaya di tempat baru.
Alhamdulillah, setelah berdikit2 akhirnya dgn pengalaman yg ada (dlm industri dan akademik)
akhirnya saya berjaya menempatkan diri di MSU.

sebuah IPTS swasta yg agak besar. terletak betul2 kat sebelah stadium shah alam. students msu dlm 26k org. staff (akademik/non-akademik) dlm 1.6k. ramai kan? hehehe..memang ramai, itu sebab campus dia besar. Syukur sgt w/pun kerja bertimbun..lumrah lah nak hidup kan..

Khaalish sejak saya joined MSU mmg la mak Syiraf dia jadi supir tetap ke sekolah.
kesian syiraf, sebab kena layan kerenah Khaalis. Mengamok..menangis..berborak..nyanyi2..mcm2 hal
Ahmad tu pagi2. yang pasti memang dia "macam-macam" sebab dia tak mau gi skool. ckp je 'skool' terus geleng kepala.

Cerdik kemain. baca buku " ce-nek (snake) hisss..hisss" bunyi snake la tu.
makan pun dah laju skrg esp sup..."nak chupp..chupp" then pas hidup sup angkat tgn sambil ckp "beshhh.."
oh ye, musim durian ni kitorg mmg menyambutnya dgn meriah, tp Khaalis langsung x mau..tutup mulut dgn tgn sambil ckp "tak chedappp"
hahhahah...bg aiskrim pun mcm tu..tak chedapppp

sehari dua ni asik nk pakai celak lah pulak..saya selawat then sapu celak 3 kali kanan..3 kali kiri..mudah2an matanya sentiasa terang dan hati pun terang utk terima ilmu.
hurmm..lagi terang la mata dia melayan disney jr sampai larut malam...hehheh

memang betul kata org. anak ini penyeri rumahtangga. wpun rumah lintang pukang disebabkan Ahmad ni suka menyepah, tapi hati kami berdua gembira dgn gelagat dia. balik rumah disambut dgn "mommy..mommy.." huhhhh hilang penat.
cuma mcm kanak2 lain. Khaalis ni jelousy sket esp time mommy dan daddy nk loving2..dia mesti menyelit..mommy suap daddy mamam..dia suddenly pun nak mamam.

itulah dia permata hati kami...AHmad Aalee

Tuesday, August 28, 2012

virus .... virus.... virus

khaalish kena jangkitan virus beberapa hari je b4 raya.

isnin 13/8 - ada few small dots kat hidung dia. tp disebabkan dia ni mmg pantang ada semut..sure kena gigit..so mommy assumed dia ni kena gigit semut

selasa 14/8 - dots tu burst mommy ingat khaalis kopek bintat gigitan semut tp mlm tu lepas berbuka kami bwk dia ke klinik .. doc ckp virus dan bg ubat tahan gatal, ubat cikenpox & krim (pelik jugak naper bg ubat ciken pox) masa dlm bilik doc tak boleh nk tanya byk koz khaalish meraung2 nk main kat mii playground klinik tu...

rabu 15/8 - khaalis mcm biasa..lasak..tp mommy kena amek EL jaga dia. dots kat muka mengering tp ada plak tumbuh few dots yg baru. mlm tu kebetulan jumpa sha (tokey bakulhamper.com) rupa2nya anak dara dia umur 12thn br last 2 wks kena virus ni kat dua2 kaki dia. dia suggest pegi klinik sofea kat puchong. mula2 plan mmg terus nk g klinik sofea koz klinik tu tutup pkul 12 mlm. tp mommy rasa kena bg chance kat ubat2 yg klinik qistina bagi




ni hari rabu 

khamis 16/8 - muka khaalis bertambah teruk dgn dots2 yg baru. wan & atok pun dah asik call suh bwk g specialist and bwk balik raub nk berubat cara kampung. so lepas packing2 segala keperluan kami terus ke puchong. klinik ni dua2 docs dia suami isteri. si suami keturunan Afrika si isteri Melayu. dua2 ada masa cek khaalish. ubat yg dibekalkan ada 2 antibiotik, ubat demam, selsema, batuk & krim. pas kami selesai urusan penghantaran hamper terus kami balik ke raub sebab hari ni khaalis dah start cranky. badan dah tak cergas. sampai kat Raub atok terus bwk khaalis pegi rumah Hj Mokhtar minta dia jampi air

jumaat 17/8 - daddy lepas subuh terus balik KL koz tak cuti lg. tinggal la khaalis dgn mommy/wan/atok. khaalis nak berkepit dgn atok je la. balik keje daddy gi Gap KLCC beli baju raya khaalis tp tertinggal la plak kat toilet..ayyoooo...memang bukan rezeki khaalis

sabtu 18/8 - dah nampak perubahan ketara pada muka khaalis. kulit dia mengelupas dan parut dah mula hilang

ahad 19/8 - Yeayyyy..hari raya !! muka khaalis dah kembali ensem cuma badan dia tak sihat lagi. cirit birit. maybe sebab dia tak lalu makan tambah plak antibiotik tu kuat sgt. tp dlm masa 1/2 day je duit raya dia dah rm200 hokeh !!





ni hari raya pertama


isnin 20/8 - khaalis dah hensem cuma tak aktif sgt koz still cirit birit

selasa 21/8 - khaalis is back. semua org ckp 'ini baru betul2 khaalis' (masa dia dah start membuatkan abg saif menangis)

Sunday, August 12, 2012

SLllurpppppppPPPP .....







ini dia wajah terbaru Khaalish..dia asal makan yogurt/calsiyum.. dia suka makan pakai ibu jari.. colek jilat..colek jilat ...masa jilat tu sambil bunyi sluRPPPPPPPP.........


Monday, August 6, 2012

lagi cerita pasal fish



fish..fish..fish...

perkataan 'fish' mmg jadi fav word khaalish sebab . .. .

khaalish hanya boleh makan fish aje....kesian anak mommy.. dia allergic ayam..seafood pun doc tak kasi makan lagi...so satu2nya haiwan yang kerap khaalish mkn ialah fish...daging adalah juga tp jarang..

khaalish suka sgt tgk fish...yelah sampai makan makanan fish...

semalam cuti nuzul Quran...tp mommy kerja so hantar khaalish dok umah mak ida.. then dlm tghari mak ida sms

'sila gnti sekor ikan kwn khaidir dlm akuarium. khaalis masukkan tgn n picit ikan tuh sampai mati'

adoiii..terus mommy reply tanya brapa harga ikan tu..mampu ke idak mommy byr damages.

smlm dlm kereta otw back from mak ida's place..mommy tanya khaalis

'fish cry or die?' ...dia dgn nada happy sebut 'die' !!!

selama ni ikan kat aquarium tu si yuyu...ikan puyu yg kaler x menarik..kebetulan kwn khaidir beli ikan and tumpang kat aquarium ida..ikan tu cantik...mmg ida ckp dia asik la membelek ikan tu...nasib kau la ikan..nk marah pun budak baru 18bulan ...




utk rekod, ini binatang kedua yg khaalis pernah bunuh...yg pertama adalah SEMUT ....hehheeh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...