![Photobucket](http://i1088.photobucket.com/albums/i323/ikeen_6480/laughingbaby.jpg)
Khaalish akan terus buat pelbagai aksi apabila dia melihat atok, tak kira la samada tiba2 buat muka sedih, tiba2 menjerit ketawa, tiba2 melompat-lompat hanya untuk mengambil perhatian atok dia (part ni atok memang bangga sebab cucu-cucu iaitu khaalish & abg saif berlumba-lumba cuba membuat pelbagai aksi utk ambil hati atok...jadi rebutan cucu la kan). Dan yang pastinya mommy, mak ida & mak syiraf akan ckp 'huiii..berlakon ye tadi..'
Ni saya ambil daripada baby center (tks to Granny Sal for introducing this site to me) ~ saya dah translate ke Bahasa Melayu sket
![Photobucket](http://i1088.photobucket.com/albums/i323/ikeen_6480/cyingbaby-1.jpg)
Menurut Lise Eliot, seorang pakar neuroscientist kanak-kanak dan penulis buku What's Going On in There? How the Brain and Mind Develop in the First Five Years of Life, bayi cepat berubah emosi kerana cerebral cortex, yang mengawal tindakbalas automatik, masih tidak diaktifkan sepenuhnya. Dan tahun demi tahun apabila cerebral cortex terbina, anak anda dapat mengawal perasaan dan moodnya dengan lebih baik.
Jika bayi anda menghabiskan lebih banyak masa meratap daripada ketawa, ini adalah kerana bayi anda sebenarnya mengalami penderitaan lebih awal darpadai kebahagiaan. Mimik muka sedih dan tangisan sebenarnya mempunya mesej iaitu untuk memberitahu kepada penjaga untuk membetulkan apa yang salah. (so that mommy kena la alert..jgn ingat baby tu ngada2)
Sekiranya bayi anda menangis..bagaimana hendak pastikan sama ada tangisan tersebut menunjukkan dia di dalam kesakitan atau kelaparan atau kebosanan? Paul C. Holinger, professor dalam bidang psychiatry di Rush-Presbyterian-St. Luke's Medical Center in Chicago mengatakan seorang ibu yang sensitif dapat mengenalpasti perbezaan setiap tangisan dan mimik muka bayinya. Alis kening, mulut dan irama tangisan adalah sistem isyarat bagi bayi anda.
Sebagai contohnya,
- jika bayi dalam keadaan tertekan - bayi anda akan menangis dengan hujung mulutnya melengkung ke bawah dan alis keningnya melengkung ke tengah
- jika bayi anda dalam keadaan marah - mukanya akan menjadi merah, alis kening melengkung ke bawah, rahang dikepal dan suara menjadi lebih kasar