Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, November 23, 2010

majlis aqiqah, kesyukuran & ulang tahun kelahiran

Photobucket


selain fancy cookies, tetamu juga diberikan senaskah ma'thurat kecil, coklat, sapu tangan hiasan dan juga air mineral.

Photobucket

Relax je Saif dengar orang berzanji & marhaban.

Monday, November 22, 2010

Sambal Lanun

Photobucket

ni antara menu yang terdapat semasa majlis Aqiqah, Kesyukuran & Hari Jadi yang kami adakan di Raub ahad lepas. Sambal lanun..tp sori lah saya x geti nk membuatnya. cuma tahu antara bahan2nya adalah budu, ikan bilis, petai, terung rimbang, pucuk paku, daun kaduk, bunga kantan...tp cara2nya memang la tak geti. Sambal ni menjadi fav tetamu2 yang hadir. Memang sedap.

Thursday, November 18, 2010

Death By Chocolate Cake



Photobucket

Sedapnya lah kek coklat. Saya ambil resepi kat sini tp adalah tukar.

Bahan2:
225 g dark semisweet chocolate - saya pakai Milk Choc Compound Brand Beryl's
2/3 cup (140 g) butter - saya pakai real butter - salted Anchor
1 cup (210 g) sugar
4 eggs
4 heaped tablespoons (1 dl) all-purpose flour
4 tablespoons unsweetened cocoa powder
1½ teaspoon baking powder or 1 teaspoon baking soda
1 teaspoon vanilla extract
4 tablespoons sour cream - saya substitute dgn yogurt + soda bicarb (campur yogurt 1 cup + 1tsp soda - then dah kembang sukat la 4tbsp utk masuk dlm bancuhan kek)

Bahan2 utk frosting
2/3 cup (1.6 dl) heavy cream or whipping cream - saya pakai whipping cream aje
9 oz (260 g) semisweet chocolate (40-50% cocoa)

Death by chocolate cake
Cara-caranya
  1. Preheat oven to 350 deg F (Gas mark 4 or 180 deg C).
  2. Line a circular 10 inch (25 cm) cake tin (3 inches tall) with grease proof or other non-stick paper and grease the tin. (Please note that the cake will rise to 3 inches and collapse somewhat when cooled. If your cake tin is less than 10 inches wide and 3 inches tall we recommend that you use two cake tins.)
  3. Break the chocolate into small pieces and melt it with butter over hot water.
  4. Beat the eggs with sugar, mix with flour, cocoa powder, baking powder and vanilla extract.
  5. Slowly fold in the melted butter and chocolate and the sour cream.
  6. Bake at 350 degrees until a wooden pick inserted in center comes out clean, approximately 40 to 50 minutes (if using 2 cake tins 20-30 minutes may be sufficient).
  7. Cool the cake completely. When it has obtained room temperature place it in the refrigerator for at least 30 minutes before removing the cake from the tin (the cake is sticky and difficult to cut when it is warm!) Remove the crusted surface on the top of the cake, and cut in half, horizontally

 Cara-cara utk frosting
    1. Heat 2/3 cup (1.6 dl) of heavy cream or whipping cream in a sauce pan.
    2. Remove from heat, add 9 oz (260 g) of finely chopped dark semisweet chocolate, stir until smooth, and let it cool until in thickens.
    3. Use one 1/3 of the frosting between the two layers, 1/3 on top, and the rest around the cake. Put the cake into the fridge for one hour or more to harden the frosting.
    4. This cake should have room temperature when served.

    Lontong di Bkt Tinggi Sumatera Barat

    Photobucket

    Sedap lontong ni. Makan dgn keropok..

    Hari Raya Aidil Adha

    Ni 1st time beraya tanpa keluarga disisi..syahdu2...hahhah... disebabkan jumaat ni dah nk balik Raub sempena nk buat kenduri ahad ni..so kitorg buat keputusan untuk tak balik raya haji tahun ni. beraya berdua aje. tp masak mcm ramai la sgt. Dan rezeki memang murah. Hari ni (sehari lepas raya haji) ofismate bawa pulak
    nasi minyak, rendang tok, rendang daging, rendang ayam perak, ketupat palas, nasi impit, kuah kacang & masak lodeh. wahhhhh..makan mcm raya pulak. Balik rumah angkut la mana2 yang x abis tu.

    Then maghrib tadi kawan adik dtg bawak rendang daging & 3 batang lemang dari Linggi..panas2 lemangnya. Kebetulan saya buat Death by Chocolate Cake..so buat sistem barter la dengan dia...tak sempat nk deco lebih2 nasib baik ada roasted almond...

    Wednesday, November 17, 2010

    Gulai Itiak Lado Mudo

    Photobucket
    Photobucket

    Inilah dia gulai Itiak Lado Mudo, mommy & daddy makan tahun lepas masa kami ke Bukit Tinggi, Padang Sumatera Barat.
    Gulainya mak aiii pedas giler..nasib baik kami ni jenis yang memang makan pedas. sebelah gulai itik tu ialah gulai cancang. Favourite saya sepanjang dok sana 4 hari.
    Gulai itiak lado mudo ni diperkenalkan kepada kami oleh supir freelance kami..ala lupa dah nama Bapak tu. Dia bawak ke sini lepas kami upah dia bawak kami ke daerah Minangkabau & tengok Danau Singkarak yg besar mcm laut tu..
    mula-mula tak mo la pegi makan gulai itik ni sebab dah kenyang makan kat area Pandai Sikek tp bila Pak supir ckp gulai ni terkenal dan sedap terus kami nk pegi...kenyang2 pun habis gulai itik dgn cancang ni kitorg cincang...hehhe...

    kalau baca kat sini gulai itiak lado mudo ni memang terkenal dan pernah masuk TV Indonesia. Seekor itik diorg guna 1/2kg lada ijau ..mak aiii..patut la pedas..Sekarang Nuh beria-ia nk cari itik nak suruh saya masak ala2 gulai itiak lado mudo ni. So siapa-siapa ke Ngarai Sianok silalah ke warung ni.

    Tuesday, November 16, 2010

    Nasi Serai & Rendang Minang

    Photobucket
    Photobucket

    Juadah Hari Raya Korban untuk kami berdua. First time buat nasi serai since serai banyak dari Raub.

    Nasi Serai
    2-3 biji bawang besar
    2-3 biji bawang putih
    2cm halia
    2cm lengkuas
    semua bahan diatas dikisar. Sebenarnya ukuran ni agak2 je...hahha
    4-5 batang serai
    garam

    cara:
    1. tumis semua bahan yang telah dikisar.
    2. bila dah naik bau masukkan serai yang telah di titik
    3. masukkan air & garam, tunggu hingga menggelegak
    4. masukkan beras yang sudah dicuci dan masukkan dlm rice cooker. senang je

    Rendang Minang
    bahan-bahan:
    1 pot lada kecik (cilipadi kampung - saya suka pedas...kalau nk kurangkan pedas kurangkan la lada)
    10-15 biji bawang merah
    5 ulas bawang putih
    halia
    lengkuas
    serai
    kisar semua bahan diatas

    1kg daging lembu (potong lawan urat supaya daging tak liat)
    1 biji kelapa (ambil santannya)
    1 paket kerisik
    2 helai daun kunyit diricik
    2-3 helai daun limau purut

    cara-caranya:
    1. Tumis bahan yang dikisar dengan minyak masak sehingga agak garing
    2. Masukkan daging, kacau rata
    3. Masukkan santan dan garam/gula dan kacau sehingga agak kering
    4. Masukkan daun kunyit & daun limau purut
    5. Masukkan kerisik & kacau rata
    6. Dah kering boleh tutup api dan makan

    *kalau suka rendang berkuah tak payah la tunggu kering

    kuih kalakatar

    Photobucket

    1st time tau pasal kuih kalakatar (wadai kalakatar) masa tgk majalah 3..masa tu dah la bulan puasa...adoii rasa mcm nk pegi hari tu jugak ke Parit Buntar nk beli kat pasar Ramadhan dia. Ini kuih orang Banjar. Tp ada jugak la org Banjar yang tak tau pasal kuih ni. Terjumpa pulak resepi dalam Kongsi Resepi. Terus marked dan tunggu masa yang sesuai nk buat. Dan sempena menyambut Raya Haji berdua je dengan suami di KL, saya decided nk buat kuih ni sebagai juadah hari raya kami.
    Kuih ni sedap makan masa panas. Nama pun dah Kala (masa) Katar (panas)...hahhaha

    Resepi ada pelbagai, tapi saya guna resepi ni.
    2 biji kelapa muda diambil isinya
    5 cwn air kelapa
    1/2 cwn gula
    1 biji telur
    2 cwn tepung gandum
    1 sudu makan tepung beras

    cara;
    1}blend semua bahan kecuali isi kelapa
    2}tapis dan masukkan kedlm periuk dan panas sekejap diatas dapur gas[agak2 mula memekat tutup api] - saya x tapis pun...hehe
    3}masukkan isi kelapa dan kacau
    4}tuangkan adunan kedlm loyang yg tlh disapu minyak dan bakar dlm oven[api atas bawah sampai masak]

    **kalau makan masa panas kaut je dengan sudu sebab dia lembek lagi
    **nk potong2 kena tunggu dia sejuk dulu
    **seelok2nya isi kelapa tu nipis tp kalau amek juga yg tebal potong halus2 iisi kelapa tu supaya senang nk potong nanti.
    **seelok2nya pakai loyang bulat..saya buat satu loyang bulat..satu loyang 4 segi tebal (loyang kek)..dah susah nk potong..

    Sunday, November 14, 2010

    Khabsa Chicken Grilled & Salad

    Photobucket

    bosan asik makan nasi je?..tukar la kepada makanan yg ringkas tp mengenyangkan...memang kenyang..tersangat..sampai bangun esok pagi pun orait lagi...!

    Now everybody can make pastry....!

    PhotobucketPhotobucket

    ha..ini dia obsession saya yang terbaru. Buat puff pastry. Dah lama usha2 kat blog abg MG dgn mamafami tetiba pegi kat Jusco Equine semalam terjumpa la benda yang dicari-cari. Puff pastry jenama Kawan. Harga dia RM4.50 ada 10 sheets. Ok. kepada kawan-kawan yang ada oven dan suka buat sendiri b/fast tp malas nk buat puff pastry sendiri (mcm saya) boleh la beli yang dah siap. (sapa yg rajin buat sendiri tu lagi bagus...)

    Inti untuk buat puff pastry tu boleh la dibega2 kan...sardin, tuna, apple, coklat etc..

    pagi semalam saya buat sardin puff sempena menyambut kedatangan Saif yang pertama kali ..(bukan Saif yg makan..ibu & ayah Saif la..Saif tukang tengok sambil mulut mengunyah...)

    ok..kalau nk tahu cara membalut inti2 dgn puff pastry ni sila rujuk blog abg MG or mamafami ye...

    Thursday, November 11, 2010

    Antara Amalan Yang Memurahkan Rezeki Kita

    Photobucket

    Antara amalan2 yang boleh memurahkan rezeki kita semua. Saya copy paste dari blog kawan saya ceri. Saya memang gunakan vitamins shaklee. Amatlah bagus...!

    1.Menyempatkan diri beribadah
    Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.

    2.Memperbanyak istighfar
    Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa yang memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yan g tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-N as a’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari A bd ullah bin Abb as r.a.) 

    3.Tinggalkan perbuatan dosa
    Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sa bd a Nabi s.a.w.: “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yan g dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

    4.Sentiasa ingat Allah
    Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah maka hati akan menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

    5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa
    Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim) Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
     
     

    Saturday, November 6, 2010

    Godaan Musim Peperiksaan

    Adoi...time2 nk exam ni lah saya terliur nk makan itu & ini. Geram betul !! Selagi tak masak mulalah asyik nak membelek blog resepi. So untuk meredakan resah gelisah ni saya masak la apa yang patut dahulu sebelum all out lepas exam ni nanti (chewahhh all out la konon...)

    Tempura - udang, keledek jepun, kentang, bwg besar, terung, karot, zuchinni etc
    atas permintaan kak raject ku sayang..ni resepinya..bukan resepi tp caranya...
    potong nipis segala apa yg nk di tempurakan
    pakai la tepung tempura yg ada kat Giant etc..saya guna Agromas Tepung Goreng serbaguna sebab ada rasa rempah..maklumlah org melayu...bukan org Jepun pun
    bancuh tepung dgn sebiji telur dan air sikit..jgn cair sgt n pekat sgt
    celup bahan2 td dgn bancuhan tadi..kemudian salut dgn tepung yg kering (x bancuh dgn apa2)
    then masuk dlm kuali ..goreng dgn minyak byk & panas

    nori soup (sup rumpai laut)
    1/2 biji bwg besar potong dadu
    1 ulas bwg putih
    5 biji cili padi (ikut tahap kepedasan anda)
    2cm halia muda (agak2 je)
    tumis semua diatas
    masukkan kuib pati ayam & ayam kisar (ikut la..nk letak haiwan lain pun ok)
    masukkan air 2 mug
    dah gelegak masuk tomato dipotong dadu, tofu, & seaweed (nori)
    jgn kacau laju..nanti pecah tofu plak..garam gula ikut selera
    ini resepi campak2 kwn saya mango cuma ubah2 sket - derhaka

    Ini antara makanan yang saya cuba hari ini.

    sambal tumis tempoyak


    ni kira makanan rugi keluarga...sambal tumis tempoyak...tak payah resepi pun semua org tau buat rasanya kan?

    ikan bilis segenggam dua (ikut la sebenarnya nk byk mana)
    1 bwg besar
    10-15 lada kecik (ikut la tahap pedas anda)
    1 ulas bwg putih
    2 sudu tempoyak
    1 keping asam gelugor

    1. tumbuk lada kecik + bwg besar + bwg putih + ikan bilis
    2. panaskan minyak & tumis bahan-bahan yang dah ditumbuk tadi
    3. bila dah garing masukkan tempoyak yang dah di bancuh dengan sedikit air
    4. masuk asam keping dan garam
    5. masak la sampai agak garing
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...