Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, May 30, 2011

aummm cakkkk...with Khaalish

PhotobucketKhaalish dah 4 bulan tapi berat badan dia baru 6.2kilos. tapi saya tak risau sebab Khaalish sihat dan aktif. Aktiviti utama dia adalah jumping..jumping. itu la sebabnya (agaknya) dia tak montel. Wan & Granny Khaalish ckp dia jenis 'gesing' orangnya maksudnya dia tak montel tapi badan kemas. Kalau pegang Khaalish saya tak rasa mcm pegang budak 4 bulan. Badan dia keras & tegap (tak meliuk lentok mcm baby lain). Perkembangan dia terkini adalah ~ Khaalish dah boleh sebut mommy ( sebenarnya dia sebut mommey..mey..mey) dan dah pandai reverse masa meniarap. 

Khaalish akan terus buat pelbagai aksi apabila dia melihat atok, tak kira la samada tiba2 buat muka sedih, tiba2 menjerit ketawa, tiba2 melompat-lompat hanya untuk mengambil perhatian atok dia (part ni atok memang bangga sebab cucu-cucu iaitu khaalish & abg saif berlumba-lumba cuba membuat pelbagai aksi utk ambil hati atok...jadi rebutan cucu la kan). Dan yang pastinya mommy, mak ida & mak syiraf akan ckp 'huiii..berlakon ye tadi..'

Ni saya ambil daripada baby center (tks to Granny Sal for introducing this site to me) ~ saya dah translate ke Bahasa Melayu sket

PhotobucketApabila anak anda semakin matang daripada saat kelahirannya sehingga menjadi bayi yang lebih interactive di umur 6 bulan, bayi anda akan menjadi lebih mahir di dalam menunjukkan reaksi jika bayi anda merasakan gembira ataupun merasa sedih. Bayi anda pastinya akan menunjukkan wajah yang ceria di saat melihat anda masuk ke dalam bilik ataupun membuat mimik muka sedih di saat anda mengambil  permainan kegemaran daripada genggamannya. Dan pastinya anda akan dapat melihat perubahan sekelip mata di antara senyuman dan tangisan (Oh ni Khaalish selalu buat..crying bila mommy lambat bg milk tp bila atok ada kat tepi terus menjerit sekuat hati mcm kena sebat...dan the moment atok dukung terus dia tersengih mcm mengejek mommy

Menurut Lise Eliot, seorang pakar neuroscientist kanak-kanak  dan penulis buku What's Going On in There? How the Brain and Mind Develop in the First Five Years of Life,  bayi cepat berubah emosi kerana cerebral cortex, yang mengawal tindakbalas automatik, masih tidak diaktifkan sepenuhnya. Dan tahun demi tahun apabila cerebral cortex terbina, anak anda dapat mengawal perasaan dan moodnya dengan lebih baik.


Jika bayi anda menghabiskan lebih banyak masa meratap daripada ketawa, ini adalah kerana bayi anda sebenarnya mengalami penderitaan lebih awal darpadai kebahagiaan. Mimik muka sedih dan tangisan sebenarnya mempunya mesej iaitu untuk memberitahu kepada penjaga untuk membetulkan apa yang salah. (so that mommy kena la alert..jgn ingat baby tu ngada2)

Sekiranya bayi anda menangis..bagaimana hendak pastikan sama ada tangisan tersebut menunjukkan dia di dalam kesakitan atau kelaparan atau kebosanan? Paul C. Holinger, professor dalam bidang psychiatry di Rush-Presbyterian-St. Luke's Medical Center in Chicago mengatakan seorang ibu yang sensitif dapat mengenalpasti perbezaan setiap tangisan dan mimik muka bayinya. Alis kening, mulut dan irama tangisan adalah sistem isyarat bagi bayi anda.

Sebagai contohnya, 

  • jika bayi dalam keadaan tertekan - bayi anda akan menangis dengan hujung mulutnya melengkung ke bawah dan alis keningnya melengkung ke tengah
  • jika bayi anda dalam keadaan marah - mukanya akan menjadi merah, alis kening melengkung ke bawah, rahang dikepal dan suara menjadi lebih kasar 

Wednesday, May 4, 2011

Khaalish's Big Day






Labor Day hari tu ambil kesempatan yang ada untuk buat majlis Aqiqah Khaalish. Sementelah lah saya pun dah habis exam (yeayyyy...yippie yeay yeay..). Sekarang jadi full time mommy sebelum mula bekerja. Penat wooo jadi fulltime mommy. Khaalish pulak dah lasak. Umur 3 bulan lebih ni dah macam-macam kepandaian dia.
Masa majlis aqiqah ramai ckp dia peramah. Mau taknya habis semua orang dia tegur esp masa selawat keliling halaqah setiap kali orang nk cium dia dia bg senyuman menawan (bak kata atok) and menegur.

p/s: semoga Allah SWT beri barakah kepada kami semua.

Thursday, April 14, 2011

hati tak tenang bila anak menangis

 BKhaalish tak sihat. Demam on off .. adoii risaunya hati mommy. dah la mommy nk jawab exam ni.
gundah gulana perasaan di sini. Antara tips yang saya baca di internet untuk membantu menurunkan suhu panas badan anak adalah seperti:

1. jangan selimutkan anak anda
- kalau zaman dahulu lagi demam lagi diselimutkannya. tp sekarang tidak lagi. kita kena buka selimut anak. supaya udara panas dalam badan boleh keluar dgn jayanya.

2. jelung dahi dengan air asam jawa atau air daun bunga raya
- ia bersifat sejuk dan boleh membantu di dalam menurunkan suhu panas badan
- pakai cool fever pun boleh (ni lg senang..beli je kat farmasi)

3. beri anak air masak secukupnya.
- saya dapat tahu skrg baby tidka boleh diberi air masak putih sehingga umur mencecah 6 bulan. akan tetapi bila anak baru nk demam doktor saya sarankan diberi sedikit air masak dan cuba elakkan beri ubat untuk menurunkan suhu badannya. ditambah pula anak saya minum susu formula sahaja ( saya berjauhan dengan anak kerana tuntutan pengajian yang bakal habis hujung april ini..dan kemudian saya akan berusaha untuk anak saya bf exclusively)

4. jangan skip mandi
- w/pun demam tapi kita kena mandikan dia untuk turunkan suhu badan dia. cuma kalau biasanya rendam anak lama or mandi lama-lama..time demam ni kejap2 je la

5. jangan curahkan air di kepala anak yang masih bayi
- oh ni petua mak saya la. supaya anak tu tak la asik berhingus..berlendir di dada tak baik2

Khaalish masih demam on off tapi dia tidak selsema atau batuk. Ya Allah semoga Kau berikan Khaalish kesihatan agar dia membesar dengan sempurna dan menjadi hambaMu yang tertaqwa Ameen...!

Tuesday, March 29, 2011

Oh begitu..

Baru saya tahu bahawa setiap tangisan bayi mempunyai maksud tertentu. Patut lah mak pernah cakap kalau baby 'eh..eh..eh..' tu maksudnya baby perut kembung.

Cuba baca ni..saya copy paste daripada Dunstan . Khaalish kalau menangis hanya kerana 3 sebab iaitu:-
- nak milk
- nak manja (sebab org tak layan dia borak2)
- perut kembung

tp mmg betul kalau dia kembung mmg akan keluar bunyi 'eh..eh..eh' ... amazing kan?
Ketika bayi merasa tak selesa, mereka menggerakkan badan atau menggeliang-geliutkan (wriggle) badan lebih dari biasa. Pergerakan yang terlalu aktif ini, menyebabkan banyak hembusan angin dari pernafasan yang laju dihasilkan dalam bunyi "Heh" ( seperti gambaran orang yang sedang meminta tolong).

Bayangkan kulit anda sedang kegatalan dan anda tak dapat menggunakan tangan untuk menggaru atau menggosok. Anda menggeliang-geliut (wriggle) sambil bernafas. Ketika anda tambahkan bunyi pada situasi pernafasan seperti itu, dapatkah anda dengar bunyi "Heh" terhasil?

Berbeza dengan bunyi "Eh" (ingin sendawa) yang mempunyai bunyi "E" yang nyata dan breathy "H" yang kuat, "Heh" pula mempunyai bunyi "H" permulaan yang kuat.

"Heh" boleh menjadi bunyi yang agak sukar untuk difahami kerana tiada penyelesaian spesifik yang dapat disimpulkan. Bayi boleh merasa tidak selesa dengan 1001 perkara. Antara yang biasa ialah: terlalu panas atau sejuk, napkin yang kotor, tidak serasi dengan bedak yang digunakan atau merasa kulit merengsa dengan pilihan sabun pencuci pakaiannya.

Bayi yang menyusu badan juga didapati mempunyai kekerapan pergerakan usus (bowel movement) sehingga 12 kali sehari dan jika tiada apa yang tak kena dengan lampin atau cuaca, bunyi "Heh" boleh saja membawa maksud bayi ingin bertukar posisi akibat bowel movement yang dialami.

Ketidakselesaan juga tak terbatas kepada bentuk fizikal, bayi boleh menjadi tak selesa kepada sekitarannya seperti bunyi-bunyian yang kuat atau cahaya yang terlalu terang.

Jadi, bertenang selalu dan ambil masa untuk menjadi pemerhati anak anda yang setia, kerana dengan itu, anda senang untuk fahami apa yang mengkin jadi penyebab ketidakselesaan bayi anda kerana setiap bayi adalah unik dan berbeza karakter serta keperluannya!

Monday, March 28, 2011

Khaalicious

Khaalish's development:

1. Belum habis pantang lagi Khaalish dah suka berborak. Development dia bermula daripada pandai mengagah then senyum dan lepas tu pandai pulak berborak. Saya perhatikan dia paling suka kalau dialunkan ayat-ayat al-Quran dan menyanyi sambil kita gerakkan tangan dia. Mulut dia akan bukak tutup sambil berbunyi la macam-macam. Kadang-kadang syok sangat berborak sampai termuncung-muncung. Dan kalau ketawa terkekek-kekek....hahhahah...

2. Baru sebulan lebih dia dah pandai main panjat-panjat perut atok, mommy & daddy. Suka sangat dia esp atok la yang rajin melayan aktiviti macam ni.

3. A week before masuk umur 2 bulan dia dah pandai nak mencapai. Letih sangat nampak dia bila dia try nk mencapai handkerchief yang wan dia sangkutkan kat tepi baby cot. Saya belikan dia soft toy, bola yang berwarna warni dan mempunyai loceng. Dia memang akan attempt untuk mencapai bola tu.

4. By 2months old dia dah pandai menaikkan badan apabila saya pegang kedua-dua tangannya. Dia nak suruh dokong lah tu. Dan membuat muka simpati untuk dokong dia. Yes..mommy mmg bersimpati !!

5. Saya dah buka mitten dia sekali sekala untuk praktiskan dia menggunakan jari jemari. Dia akan menhisap jari plus tangan dia. Saya letakkan tangan dia menyentuh pipi dan hidung saya. Dia suka sangat. Melatih deria sentuhan.

Owh kalau nak cerita pasal Khaalish penat lah tangan Mommy naik taip. Apa-apa pun saya rasa kita kena kreatif untuk mencipta aktiviti untuk dibuat bersama dengan baby kita.

Saya selalu juga merujuk kat sini http://www.babycentre.co.uk/baby/development/letsplay/

Sunday, March 20, 2011

me name is khaalish .. me love mommy & daddy ...

me in pink (pale pink orait lah kot..!)
this is my hero ...so now i hv 2 heroes in my life (besides ayah, my bro & saif my lil' nephew). He is so charming and loves to chit chat until late nite..until mommy ni asiklah mengomel kat khaalish 'dear it is time to sleep, everybody is sleeping, can we continue tomorrow?' dan dia ketawa ... hahhah
he loves when mommy is singing..first time saya rasa org appreciate suara saya...hahhaha. Antara lagu/zikir yang selalu saya alunkan untuk khaalish:

1. Subhanallah
2. Allahu Akbar
3. Al-Fatihah
4. Yaasin (atok khaalish baca sambil dukung khaalish..)
5. Honeybunch
6. Pok Amai Amai
7. Good Morning, how r u my big boy, u look wonderful (ni lagu rekaan saya yg melodinya asik tukar2)
8. Zikir Munajat
9. Ma'thurat

semoga menjadi anak yg soleh dear..!

Tuesday, February 15, 2011

iam a mommy now

Alhamdulillah...Ahmad Aalee Khaalis dah 24 hari hari ni. dah pandai tak mau tidur siang dan nak berdukung sambil lengok2 kan badan. Seperti ibu2 lain, saya pun x tidur malam melayan karenah Khaalish (saja tambah 'H' apabila memanggil dia untuk bunyi lebih manja dan maksud Khaalish juga bagus iaitu cantik menawan). Dan tak sangka Daddy Khaalish pun penuh dengan sifat fatherly, layan Khaalish penuh sabar dan minat. Saya start mencari aktiviti untuk dilakukan bersama Khaalish diwaktu dia jaga. Dia paling suka diurut sewaktu menukar diaper. Khaalish pun selalu teman atok mengaji al-Quran (sambil pegang Khaalish ayah saya mengaji al-Quran kuat2 tp Khaalish boleh tidur nyenyak) dan memerintah wan nya dukung sambil berjoget.!!
Ini antara aktiviti yang boleh dilakukan bersama baby anda (saya ambil dari http://www.mahsuri.com.my):

50 rangsangan mudah menjadikan anak bijak

Pakar perkembangan bayi percaya bahawa tahun-tahun pertama kehidupan bayi merupakan tempoh utama pembelajaran berlaku. Anda tidak perlu muzik-muzik klasik, pita-pita belajar bahasa atau kad imbas untuk merangsang otak bayi atau kanak-kanak. Alat pembelajaran terbaik baginya ialah ANDA. Bercakap, menyanyi dan ketawa bersama-sama. .. jenis-jenis interaksi-interaksi harian begini adalah lebih penting. Namun, kadangkala memang sukar untuk memikirkan cara-cara baru untuk merangsang anak kecil anda (terutama sekali apabila anda tidak tidur malam meredakan tangisannya) . 50 aktiviti menarik (dan berdasarkan sains) yg disyorkan ini pasti membuahkan hasil.

1. BERTENTANG MATA. Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah di awal usia dan wajah anda adlah yang paling penting. Setiap kali dia merenung anda, dia sedang membina memorinya.
2. BERCAKAP-CAKAP DENGANNYA. Walaupun reaksi yang akan anda dapat adalah rupa keliru dan hairan di wajahnya, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap ritma perbualan dan mengisi ruang kosong yang anda biarkan senyap tadi.
3. JIKA BOLEH, SUSUKAN DENGAN SUSU BADAN. Lakikan selama mana yang anda boleh. Tahukah anda bahawa kenyataannya adalah, kanak-kanak bersekolah yang disusukan badan semasa bayi tinggi Iqnya. Tambahan pula, dengan menyusu badan anda dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya.

4. JELIRKAN LIDAH. Kajian menunjukkan bahawa bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah – ia menandakan kaedah penyelesaian masalah di awal usia.
5. HASILKAN BUKU BINATANG. Sekali lagi anda melawat zoo, ambillah gambar-gambar haiwan kesukaannya untuk dialbumkan. Kemudian, ‘bacalah’ buku itu bersama-sma sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi-bunyi binatang dan cerita haiwan.
6. GELETEKLAH BAYI ANDA. Geletek keseluruhan tubuhnya. Ketawa, merupakan langkah pertama dalam perkembangan humour bayi. Permainan seperti ‘cak cekur’ dan ‘labah-labah panjat perigi’ dapat mengajar anak bagaimana hendak menjangka apa yang bakal berlaku.
7. TUNJUKKAN PERBEZAAN. Pegang dua keping gambar lebih kurang 8-12 inci jaraknya dari muka bayi anda. Gambar-gambar tersebut seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin salah satunya ada pokok dan satu lagi tiada). Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dam pembacaan apabila dia besar kelak.
8. BERKONGSI PANDANGAN. Bawalah bayi anda berjalan-jalan dalam pendukung bayi yang boleh diikat ke badan anda dan beritahu semua perkara yang anda nampak kepadanya. “Tengok anak kucing tu” atau “Besarkan pokok ni!” atau “ Dengar tak bunyi bomba tu?” – untuk membekalkan bayi anda dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata.
9. NYANYIKAN LAGU UNTUKNYA. Belajarlah sebanyak mungkin lagu yang anda boleh atau rekalah lagu anda sendiri (“mari kita tukar lampin, tukar lampin, tukar lampin….”). Mainkan lagu Beethoven atau Beatles… Ada kajian yang mencadangkan bahawa mempelajari ritma muzik, ada kaitan dengan pembelajaran matematik.
10. GUNAKAN MASA MENUKAR LAMPIN SEPENUHNYA. Gunakan waktu menukar lampin untuk mengajar bahagian-bahagian badan atau pakaian. Ceritakan sambil menukar lampin untuk mengajar bayi menjangka rutin.
11. SENTUH DAN RASA. Simpan sekotak helaian kain dengan tekstur yang berbeza-beza; sutera, kain tuala, kain kapas dan linen. Perlahan-lahan sapukan kain-kain tersebut pada pipi, kaki dan perut bayi sambil bercerita bagaimana rasanya.
12. PERGI MEMBELI-BELAH. Bila anda perlukan rehat daripada menari dan menyanyi, lawatlah pasaraya. Wajah-wajah, bunyi-bunyian dan warna-warna yang ada di sana menghiburkan bayi.
13. BERI KATA KUNCI. Jika anda berkata “Mak nak buka lampu ni,” sebelum menekan suis, anda sedang mengajar sebab dan akibat.
14. BERI KEJUTAN. Kadangkala, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan. Cuba tiup sambil membuat corak dan lihat reaksinya.
15. SEDIAKAN BANYAK TISU. Jika bayi anda suka main tisu, biarkan sahaja. Dengan hanya beberapa sen, anda mendapat alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil di bawah tisu dan biarkan dia mencari.
16. BACA BUKU. Berulangkali. Saintis telah mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan – ia dipercayai membantunya belajar bahasa.
17. MAIN CAK-CAK. Menyorok-nyorok bukan sahaja dapat membuatkan dia ketawa. Bayi anda belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali.
18. JANGAN LUPA REHAT. Luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk di atas lantai bersama bayi anda – tanpa muzik, tanpa cahaya terang, tanpa mainan. Hanya biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda.
19. MAIN DENGAN WARNA. Pilih satu warna dan suruh anak anda cari objek lain yang sama warna sewaktu anda berdua berjalan atau menaiki kereta bersama. Kemudian, suruh pula anak memilih warna untuk anda pula mencarinya.
20. BIARKAN DIA BERMAIN DENGAN MAKANANNYA. Apabila anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur yang berbeza – termasuklah kacang pea dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.
21. ANGKATKAN SAHAJA. Jika bayi anda asyik menjatuhkan barang mainannya dari kerusi makannya yang tinggi, angkatkan dan beri kembali kepadanya walau berapa kali pun dia melakukannya. Dia sebenarnya sedang belajar dan menguji hukum graviti. Berikan dia beberapa keping kertas atau bola tennis, letakkan besen besar di bawah kerusinya dan biarkan dia menjalankan eksperimennya sendiri.
22. BIAR DIA MEMBEBEL. Bayi anda memahami suara tinggi dan bunyian aneh yang anda buat.
23. LATIHAN MENEKA. Gunakan beberapa cawan plastic dan sorokkan satu permainan kecil di bawah salah satu cawan tersebut dan biarkan dia meneka sambil mencari mainannya.
24. BINA LALUAN HALANGAN. Tingkatkan kemahiran motor dengan meletakkan kusyen sofa, bantal, kotak atu permainan dia tas lantai dan kemudian tunjukkan kepada bayi bagaimana hendak merangkak di bawah, di atas atau di sekeliling halangan tersebut.
25. IKUT RENTAKNYA. Semakin anak anda membesar, dia semakin suka mencuba kreativitinya untuk melihat jika anda benar-benar mengikut apa yang dia lakukan seperti membuat bunyi aneh, merangkak secara terbalik atau ketawa.
26. BUAT MUKA LAWAK. Kembungkan pipi dan suruh anak sentuh hidung anda. Bila dia sentuh sahaja, poof! Tiupkan ke mukanya. Suruh dia tarik telinga anda dan jelirkan lidah. Buat bunyi yang pelik ketika dia memegang kepala anda. Amalkan rutin yang sama tiga ke empat kali dan kemudian tukar caranya untuk membiarkan anak kembali meneka.
27. RASA SEKELILING ANDA. Berjalan-jalanlah di sekitar rumah dengan mendukung bayi. Letakkan tangannya pada tingkap, kain, daun dan objek-objek selamat yang lain sambil me’label’ barangan tersebut.
28. CERITAKAN KISAH DONGENG. Pilih kisah dongeng kegemarannya dan tukarkan nama watak utama ke nama anak supaya dia seronok.
29. BAYANGAN WAJAH. Biarkan bayi anda merenung dirinya di dalam cermin. Dia mungkin menyangka yang dia sedang memerhatikan budak comel yang lain, tetapi dia akan menyukainya bila bayi “yang lagi satu” senyum dan melambai padanya.
30. (KADANGKALA) BIARKAN DIA JADI BOS. Bina keyakinannya dengan memberi peluang untuk dia memilih salah satu daripada dua pilihan: mangkuk berlainan warna ketika waktu makan, contohnya. Dia akan tahu bahawa keputusannya diambil kira – dan boleh berlatih menghafal nama warna.
31. GOYANGKAN BADAN. Ajar anak untuk menari twist dan menjerit, mengepak seperti ayam atau berpusing seperti ballerina.
32. JADILAH TAMAN PERMAINAN. Berbaring di atas lantai dan biarkan bayi anda memanjat dan merangkak di atas anda. Ia lebih murah daripada membeli gymnasium mainan dan lebih menyeronokkan. Anda dapat meningkatkan koordinasi dan kemahiran menyelesaikan masalahnya.
33. KIRA SEMUANYA. Kira berapa banyak blok kayu yang boleh anak anda susunkan. Atau jumlah anak tangga dalam rumah anda. Atau jari jemari tangan dan kakinya. Kira dengan kuat dan pasti dia akan mengikut anda.
34. GUNAKAN MASA BERCERITA SEPENUHNYA. Tunjukkan segala gambar dengan terperinci, dan Tanya anak anda segala jenis soalan daripada soalan abstrak (“adik rasa kenapa Pekan nak makan telur tembakul ibunya?”) sehinggalah ke soalan konkrit (“Pernah tak adik nampak kucing putih?”)

35. TUTUP TV. Bayi anda memerlukan interaksi secara berdepan drngan seseorang yang tidak dapat diberikan oleh rancangan TV, walau sebaik manapun rancangan itu mengajarnya
36. TUKAR PEMANDANGAN. Tukar kedudukan kerusi makannya di sebelah meja yan lain. Anda dapat mencabar memorinya untuk mengingat di mana hidangan diletakkan setiap kali waktu makan.
37. MAIN PERMAINAN MEMORI WAJAH KELUARGA. Ambil gambar wajah-wajah ahli keluarga yang penting dlam kehidupan bayi anda, buat dua salinan bagi setiap satu gambar – dan anda sudahpun ada satu set kad suai padan. Susunkan ia menghadap ke atas di atas lantai, dan bantu anak anda mencari dua kad yang serupa. Semakin bayi anda membesar, anda boleh mengubah cara bermain dengan menyusunnya menghadap ke bawah (menelangkupkannya) .
38. RAKAM VIDEO UNTUKNYA. Tonton video bayi anda mandi buat kali pertama, belajar merangkak, main dengan nenek dan datuk bersama-sama dengannya. Ceritakan kisah video itu untuk mengasah kemahiran berbahas dan memorinya.
39. MAIN HUJAN. Lompat ke dalam lopak air yang besar. Duduk di atas rumput basah bersamanya. Walaupun kotor, ianya menyeronokkan dan merupakan salah satu cara belajar tentang basah dan kering.
40. MENANGKAP SERANGGA. Tunjukkan gambar serangga tidak berbahaya (kumbang ladybird, cengkerik, rama-rama) di dalam majalah atau buku, kemudian pergi ke taman bunga untuk mencarinya.
41. BERGURAU-SENDA. Tunjukkan gambar Pak Cik Mat dan katakana “Ini Ibu.” Kemudian akui kebodohan anda dan ketawakan ‘gurauan’ anda itu untuk membina naluri humour dalam dirinya.
42. MAIN DENGAN PAKAIAN. Biarkan anak anda bermain dengan pakaian lama ayahnya. Cari kembali topi-topi, skarf atau sarung tangan lama. Main permainan olok-olok dan biarkan kreativiti dan imaginasinya membawa anda.
43. AJAR TENTANG ISIPADU. Kumpulkan cawan-cawan atau bekas plastik yang berbeza saiz, dan biarkan anak anda memenuhkan air ke dalamnya. Kadangkala, dia akan hanya menuangkan sehingga setengah penuh. Terangkan kepadanya cawan yang mana lebih besar dan yang mana lebih kecil.
44. HASILKAN ALBUM KELUARGA. Masukkan gambar saudara mara jauh dan dekat, selalulah melihatnya untuk membina memori anak anda. Sewaktu neneknya menelefon, tunjukkan gambar nenek sewaktu anak bercakap dengannya di telefon.

45. SURUH ANAK MEMBUAT KERJA. Anak kecil boleh membantu mengasingkan pakaian yang ingin dicuci mengikut warna. Dia juga boleh mengasingkan bajunya di antara baju-baju lain.
46. PERGI KE PERPUSTAKAAN. Ambil peluang bila perpustakaan anda menganjurkan sesi bercerita atau tayangan teater boneka. Selain itu, barisan buku-buku juga pasti tidak menjemukan.

47. CONTOHI CARA SESAME STREET. Khaskan satu minggu untuk satu abjad. Contohnya, baca buku yang bermula dari A, makan makanan A, potong snek mengikut bentuk A, dan tulis huruf A di halaman luar rumah dengan kapur.
48. MAIN BERULANG-ULANG. Cari semula permainan lamanya sewaktu dia masih bayi. Anda pasti kagum dengan kebolehannya mencari cara baru untuk bermain dengan permainan lamanya itu.
49. MAIN “TIRU-MENIRU”. Merangkak dengan kelajuan yang berbeza-beza supaya anak boleh meniru anda. Berhenti sekali-sekala untuk bermain permainan lain.
50. BERCAKAP TENTANG PERASAAN. Peluklah dia waktu dia ingin tidur dan tanya apa yang membuatkan dia gembira atau sedih hari ini. Apa yang membuatnya marah atau bangga? Anda akan bantu dia memahami apa yang telah berlaku dan cara melabel emosi. Aktiviti ini harus dikekalkan sehinggalah dia masuk Universiti nanti.

Wednesday, January 5, 2011

Rezeki Hari Ini

Kari Kambing & Sayur Chap Chai

Minggu lepas dah start semester baru. Haru biru skrg ni dengan mcm2 hal. Tp yang pastinya minggu depan akan bercuti ke Sabah dengan keluarga mertua. Itu la motivasi untuk terus bergerak cergas minggu ni..agak poyokan!. Assignment dah dilambakkan oleh Prof2 di FUU UKM ni. Semoga Allah permudahkan segalanya.

p/s: Saif yg sudah nk masuk 5 bulan sudah 7.1kg beratnya. Semoga dia sentiasa sihat dna membesar dengan riang mcm Mommie Ikeen ni...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...