Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, December 9, 2010

Len Chi Kang atau Lai Chi Kang atau Chi Kong

Photobucket

sesuai untuk sejukkan badan selepas penat bekerja...hehheh..

Bahan-bahan:
kurma cina
gula tebu (gula batu)
cendawan cina
bunga kembang semangkok
buah pala kering
buah kabung
boba pearl (boleh tukar kpd sago)
biji selasih
kacang shandong digoreng

Cara-cara:
1. rebus kurma cina, gula tebu, cendawan cina hingga air tadi bertukar warna
2. bila dah menggelegak masukkan boba pearl  dan bunga kembang semangkok
3. dah kembang bunga & boba dan masak kenyal boleh tutup api dapur
4. sebelum hidang boleh la masukkan buah pala, buah kabungg, biji selasih & kacang shandung

minum panas-panas lagi la berkhasiat..!
3.

Saif terkini

Photobucket

Baby ni mmglah kan..hari ni lain esok muka dah lain lusa lagi lah lain. Itu sebab tak puas mengadap si Saif ni
Photo taken by Daddy Nuh yesterday. Insya Allah sabtu ni ada phoro shoot kat rumah Mak Ida pulak...

Tuesday, November 23, 2010

majlis aqiqah, kesyukuran & ulang tahun kelahiran

Photobucket


selain fancy cookies, tetamu juga diberikan senaskah ma'thurat kecil, coklat, sapu tangan hiasan dan juga air mineral.

Photobucket

Relax je Saif dengar orang berzanji & marhaban.

Monday, November 22, 2010

Sambal Lanun

Photobucket

ni antara menu yang terdapat semasa majlis Aqiqah, Kesyukuran & Hari Jadi yang kami adakan di Raub ahad lepas. Sambal lanun..tp sori lah saya x geti nk membuatnya. cuma tahu antara bahan2nya adalah budu, ikan bilis, petai, terung rimbang, pucuk paku, daun kaduk, bunga kantan...tp cara2nya memang la tak geti. Sambal ni menjadi fav tetamu2 yang hadir. Memang sedap.

Thursday, November 18, 2010

Death By Chocolate Cake



Photobucket

Sedapnya lah kek coklat. Saya ambil resepi kat sini tp adalah tukar.

Bahan2:
225 g dark semisweet chocolate - saya pakai Milk Choc Compound Brand Beryl's
2/3 cup (140 g) butter - saya pakai real butter - salted Anchor
1 cup (210 g) sugar
4 eggs
4 heaped tablespoons (1 dl) all-purpose flour
4 tablespoons unsweetened cocoa powder
1½ teaspoon baking powder or 1 teaspoon baking soda
1 teaspoon vanilla extract
4 tablespoons sour cream - saya substitute dgn yogurt + soda bicarb (campur yogurt 1 cup + 1tsp soda - then dah kembang sukat la 4tbsp utk masuk dlm bancuhan kek)

Bahan2 utk frosting
2/3 cup (1.6 dl) heavy cream or whipping cream - saya pakai whipping cream aje
9 oz (260 g) semisweet chocolate (40-50% cocoa)

Death by chocolate cake
Cara-caranya
  1. Preheat oven to 350 deg F (Gas mark 4 or 180 deg C).
  2. Line a circular 10 inch (25 cm) cake tin (3 inches tall) with grease proof or other non-stick paper and grease the tin. (Please note that the cake will rise to 3 inches and collapse somewhat when cooled. If your cake tin is less than 10 inches wide and 3 inches tall we recommend that you use two cake tins.)
  3. Break the chocolate into small pieces and melt it with butter over hot water.
  4. Beat the eggs with sugar, mix with flour, cocoa powder, baking powder and vanilla extract.
  5. Slowly fold in the melted butter and chocolate and the sour cream.
  6. Bake at 350 degrees until a wooden pick inserted in center comes out clean, approximately 40 to 50 minutes (if using 2 cake tins 20-30 minutes may be sufficient).
  7. Cool the cake completely. When it has obtained room temperature place it in the refrigerator for at least 30 minutes before removing the cake from the tin (the cake is sticky and difficult to cut when it is warm!) Remove the crusted surface on the top of the cake, and cut in half, horizontally

 Cara-cara utk frosting
    1. Heat 2/3 cup (1.6 dl) of heavy cream or whipping cream in a sauce pan.
    2. Remove from heat, add 9 oz (260 g) of finely chopped dark semisweet chocolate, stir until smooth, and let it cool until in thickens.
    3. Use one 1/3 of the frosting between the two layers, 1/3 on top, and the rest around the cake. Put the cake into the fridge for one hour or more to harden the frosting.
    4. This cake should have room temperature when served.

    Lontong di Bkt Tinggi Sumatera Barat

    Photobucket

    Sedap lontong ni. Makan dgn keropok..

    Hari Raya Aidil Adha

    Ni 1st time beraya tanpa keluarga disisi..syahdu2...hahhah... disebabkan jumaat ni dah nk balik Raub sempena nk buat kenduri ahad ni..so kitorg buat keputusan untuk tak balik raya haji tahun ni. beraya berdua aje. tp masak mcm ramai la sgt. Dan rezeki memang murah. Hari ni (sehari lepas raya haji) ofismate bawa pulak
    nasi minyak, rendang tok, rendang daging, rendang ayam perak, ketupat palas, nasi impit, kuah kacang & masak lodeh. wahhhhh..makan mcm raya pulak. Balik rumah angkut la mana2 yang x abis tu.

    Then maghrib tadi kawan adik dtg bawak rendang daging & 3 batang lemang dari Linggi..panas2 lemangnya. Kebetulan saya buat Death by Chocolate Cake..so buat sistem barter la dengan dia...tak sempat nk deco lebih2 nasib baik ada roasted almond...

    Wednesday, November 17, 2010

    Gulai Itiak Lado Mudo

    Photobucket
    Photobucket

    Inilah dia gulai Itiak Lado Mudo, mommy & daddy makan tahun lepas masa kami ke Bukit Tinggi, Padang Sumatera Barat.
    Gulainya mak aiii pedas giler..nasib baik kami ni jenis yang memang makan pedas. sebelah gulai itik tu ialah gulai cancang. Favourite saya sepanjang dok sana 4 hari.
    Gulai itiak lado mudo ni diperkenalkan kepada kami oleh supir freelance kami..ala lupa dah nama Bapak tu. Dia bawak ke sini lepas kami upah dia bawak kami ke daerah Minangkabau & tengok Danau Singkarak yg besar mcm laut tu..
    mula-mula tak mo la pegi makan gulai itik ni sebab dah kenyang makan kat area Pandai Sikek tp bila Pak supir ckp gulai ni terkenal dan sedap terus kami nk pegi...kenyang2 pun habis gulai itik dgn cancang ni kitorg cincang...hehhe...

    kalau baca kat sini gulai itiak lado mudo ni memang terkenal dan pernah masuk TV Indonesia. Seekor itik diorg guna 1/2kg lada ijau ..mak aiii..patut la pedas..Sekarang Nuh beria-ia nk cari itik nak suruh saya masak ala2 gulai itiak lado mudo ni. So siapa-siapa ke Ngarai Sianok silalah ke warung ni.

    Tuesday, November 16, 2010

    Nasi Serai & Rendang Minang

    Photobucket
    Photobucket

    Juadah Hari Raya Korban untuk kami berdua. First time buat nasi serai since serai banyak dari Raub.

    Nasi Serai
    2-3 biji bawang besar
    2-3 biji bawang putih
    2cm halia
    2cm lengkuas
    semua bahan diatas dikisar. Sebenarnya ukuran ni agak2 je...hahha
    4-5 batang serai
    garam

    cara:
    1. tumis semua bahan yang telah dikisar.
    2. bila dah naik bau masukkan serai yang telah di titik
    3. masukkan air & garam, tunggu hingga menggelegak
    4. masukkan beras yang sudah dicuci dan masukkan dlm rice cooker. senang je

    Rendang Minang
    bahan-bahan:
    1 pot lada kecik (cilipadi kampung - saya suka pedas...kalau nk kurangkan pedas kurangkan la lada)
    10-15 biji bawang merah
    5 ulas bawang putih
    halia
    lengkuas
    serai
    kisar semua bahan diatas

    1kg daging lembu (potong lawan urat supaya daging tak liat)
    1 biji kelapa (ambil santannya)
    1 paket kerisik
    2 helai daun kunyit diricik
    2-3 helai daun limau purut

    cara-caranya:
    1. Tumis bahan yang dikisar dengan minyak masak sehingga agak garing
    2. Masukkan daging, kacau rata
    3. Masukkan santan dan garam/gula dan kacau sehingga agak kering
    4. Masukkan daun kunyit & daun limau purut
    5. Masukkan kerisik & kacau rata
    6. Dah kering boleh tutup api dan makan

    *kalau suka rendang berkuah tak payah la tunggu kering

    kuih kalakatar

    Photobucket

    1st time tau pasal kuih kalakatar (wadai kalakatar) masa tgk majalah 3..masa tu dah la bulan puasa...adoii rasa mcm nk pegi hari tu jugak ke Parit Buntar nk beli kat pasar Ramadhan dia. Ini kuih orang Banjar. Tp ada jugak la org Banjar yang tak tau pasal kuih ni. Terjumpa pulak resepi dalam Kongsi Resepi. Terus marked dan tunggu masa yang sesuai nk buat. Dan sempena menyambut Raya Haji berdua je dengan suami di KL, saya decided nk buat kuih ni sebagai juadah hari raya kami.
    Kuih ni sedap makan masa panas. Nama pun dah Kala (masa) Katar (panas)...hahhaha

    Resepi ada pelbagai, tapi saya guna resepi ni.
    2 biji kelapa muda diambil isinya
    5 cwn air kelapa
    1/2 cwn gula
    1 biji telur
    2 cwn tepung gandum
    1 sudu makan tepung beras

    cara;
    1}blend semua bahan kecuali isi kelapa
    2}tapis dan masukkan kedlm periuk dan panas sekejap diatas dapur gas[agak2 mula memekat tutup api] - saya x tapis pun...hehe
    3}masukkan isi kelapa dan kacau
    4}tuangkan adunan kedlm loyang yg tlh disapu minyak dan bakar dlm oven[api atas bawah sampai masak]

    **kalau makan masa panas kaut je dengan sudu sebab dia lembek lagi
    **nk potong2 kena tunggu dia sejuk dulu
    **seelok2nya isi kelapa tu nipis tp kalau amek juga yg tebal potong halus2 iisi kelapa tu supaya senang nk potong nanti.
    **seelok2nya pakai loyang bulat..saya buat satu loyang bulat..satu loyang 4 segi tebal (loyang kek)..dah susah nk potong..

    Sunday, November 14, 2010

    Khabsa Chicken Grilled & Salad

    Photobucket

    bosan asik makan nasi je?..tukar la kepada makanan yg ringkas tp mengenyangkan...memang kenyang..tersangat..sampai bangun esok pagi pun orait lagi...!

    Now everybody can make pastry....!

    PhotobucketPhotobucket

    ha..ini dia obsession saya yang terbaru. Buat puff pastry. Dah lama usha2 kat blog abg MG dgn mamafami tetiba pegi kat Jusco Equine semalam terjumpa la benda yang dicari-cari. Puff pastry jenama Kawan. Harga dia RM4.50 ada 10 sheets. Ok. kepada kawan-kawan yang ada oven dan suka buat sendiri b/fast tp malas nk buat puff pastry sendiri (mcm saya) boleh la beli yang dah siap. (sapa yg rajin buat sendiri tu lagi bagus...)

    Inti untuk buat puff pastry tu boleh la dibega2 kan...sardin, tuna, apple, coklat etc..

    pagi semalam saya buat sardin puff sempena menyambut kedatangan Saif yang pertama kali ..(bukan Saif yg makan..ibu & ayah Saif la..Saif tukang tengok sambil mulut mengunyah...)

    ok..kalau nk tahu cara membalut inti2 dgn puff pastry ni sila rujuk blog abg MG or mamafami ye...

    Thursday, November 11, 2010

    Antara Amalan Yang Memurahkan Rezeki Kita

    Photobucket

    Antara amalan2 yang boleh memurahkan rezeki kita semua. Saya copy paste dari blog kawan saya ceri. Saya memang gunakan vitamins shaklee. Amatlah bagus...!

    1.Menyempatkan diri beribadah
    Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.

    2.Memperbanyak istighfar
    Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa yang memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yan g tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-N as a’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari A bd ullah bin Abb as r.a.) 

    3.Tinggalkan perbuatan dosa
    Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sa bd a Nabi s.a.w.: “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yan g dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

    4.Sentiasa ingat Allah
    Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah maka hati akan menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

    5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa
    Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim) Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
     
     

    Saturday, November 6, 2010

    Godaan Musim Peperiksaan

    Adoi...time2 nk exam ni lah saya terliur nk makan itu & ini. Geram betul !! Selagi tak masak mulalah asyik nak membelek blog resepi. So untuk meredakan resah gelisah ni saya masak la apa yang patut dahulu sebelum all out lepas exam ni nanti (chewahhh all out la konon...)

    Tempura - udang, keledek jepun, kentang, bwg besar, terung, karot, zuchinni etc
    atas permintaan kak raject ku sayang..ni resepinya..bukan resepi tp caranya...
    potong nipis segala apa yg nk di tempurakan
    pakai la tepung tempura yg ada kat Giant etc..saya guna Agromas Tepung Goreng serbaguna sebab ada rasa rempah..maklumlah org melayu...bukan org Jepun pun
    bancuh tepung dgn sebiji telur dan air sikit..jgn cair sgt n pekat sgt
    celup bahan2 td dgn bancuhan tadi..kemudian salut dgn tepung yg kering (x bancuh dgn apa2)
    then masuk dlm kuali ..goreng dgn minyak byk & panas

    nori soup (sup rumpai laut)
    1/2 biji bwg besar potong dadu
    1 ulas bwg putih
    5 biji cili padi (ikut tahap kepedasan anda)
    2cm halia muda (agak2 je)
    tumis semua diatas
    masukkan kuib pati ayam & ayam kisar (ikut la..nk letak haiwan lain pun ok)
    masukkan air 2 mug
    dah gelegak masuk tomato dipotong dadu, tofu, & seaweed (nori)
    jgn kacau laju..nanti pecah tofu plak..garam gula ikut selera
    ini resepi campak2 kwn saya mango cuma ubah2 sket - derhaka

    Ini antara makanan yang saya cuba hari ini.

    sambal tumis tempoyak


    ni kira makanan rugi keluarga...sambal tumis tempoyak...tak payah resepi pun semua org tau buat rasanya kan?

    ikan bilis segenggam dua (ikut la sebenarnya nk byk mana)
    1 bwg besar
    10-15 lada kecik (ikut la tahap pedas anda)
    1 ulas bwg putih
    2 sudu tempoyak
    1 keping asam gelugor

    1. tumbuk lada kecik + bwg besar + bwg putih + ikan bilis
    2. panaskan minyak & tumis bahan-bahan yang dah ditumbuk tadi
    3. bila dah garing masukkan tempoyak yang dah di bancuh dengan sedikit air
    4. masuk asam keping dan garam
    5. masak la sampai agak garing

    Thursday, October 28, 2010

    Laksa Perlis

    tak tahu pun rupa2 nya buat laksa perlis amatlah senang...selama ni kalau pegi pasar malam suka beli laksa perlis..sedap tersangat..ni resepi daripada seorang kwn yg asalnya orang Perlis..

    1 paket laksa (tp saya selalu standby 2 paket)
    7 ekor ikan kembung/sardin
    1 tin kecil sardin dlm sos tomato - ikut la ayambrand ke..adabi ke
    12 biji lada besar
    5 biji cili kecik (optional - x yah pun x pe..koz nnti mkn jugak dgn cili potong)
    2 biji bawang besar (selain drpd penyedap rasa..fungsi bwg besar ni sbg pemekat kuah..sama la mcm bila kita buat soto)
    sikit belacan (kalau nk gatal idung...hahhahha...)
    3 keping asam gelugor
    daun kantan
    daun kesum - lg byk lg sedap

    1. rebus laksa - lama sket & toskan
    2. rebus ikan sehingga lembut dan ambil isinya
    3. blend isi ikan bersama2 dgn sardin dlm tin
    4. blend lada besar, lada kecik, bawang besar & belacan (kalau nk blend sekali dgn ikan pun boleh...kot2 la blender besau)
    5. masukkan semua yg dah di blend ke dlm periuk
    6. tulang2 ikan tadi boleh la blend juga dan tos ..ambil airnya bukan tulangnya yer
    7. masak semua bahan2 tadi sampai menggelegak
    8. masukkan daun kantan, daun kesum & asam keping..
    9. kalau pekat sgt tambah la air...(saya pakai semula air rebusan ikan..tp make sure masa cuci ikan tu kasi la lumur ikan dgn limau kasturi..kasi hilang hanyir)
    10.jgn lupa garam/gula yer


    aksesori
    - telur rebus
    - timun
    - hirisan bwg besar
    - jus limau kasturi
    - hirisan lada kecik (cilipadi)

    p/s: kuah ni kalau bermalam lg best..

    my life here & there

                                                            Saif dah pandai berborak

    Hidup perlukan kemeriahan..kalau tidak ia akan mendatar dan amatlah boring..

    1. Dapat anak sedara pd bulan Ramadhan lepas...cucu pertama di dlm family En Jabar..namanya Ahmad Saifullah b. Ahmad Fairuz b. Abdul Jabar b. Md Dom...dengan nama manjanya SAIF...skrg menjadi family center of attraction...semua ahli keluarga asik cerita pasal saif yg bulat itu...so kami dah jadi mommie ikeen dan daddy nuh... insya Allah weekend selepas raya haji nanti akan diadakan majlis aqiqah Saif cum majlis kesyukuran mak ida cum majlis hari jadi daddy nuh & mamak azim ...insya Allah kambing 3 ekor...ayam kampung 40-50 ekor..
    planner utk majlis ni siapa lah lagi kalau bukan wan saif dan mak2 sedaranya ni. Kami yg terlebih excited mengalahkan ibu ayah saif. Sampai nk tentukan tarikh majlis pun kena tgk jadual mak2 sedara saif (semua pun students). Theme color pun kami ni yg sibuk. Doorgift pun kami yg sibuk...menu...tentatif majlis..etc.. wan Saif dah bgtau mommie ikeen nk pegi Nilai 3 beli barang2 majlis..wahhhhh...mcm majlis bertunang plak yer...

    2. saya amat busy dgn assignment dan final exam. kadang2 tension tp seronok jugak bila berkumpul dgn rakan2 yg sama2 semangat nk study. Abg2 kakak2 adik2 pelbagai usia classmates saya..tp kecohnya still mcm masa 1st degree dulu...insya Allah..semuanya akan berjalan lancar...Ameen...

    3. wahhhh bulan 11 mmg bulan yg amat sibuk bg syarikat kami...mcm2 aktiviti..saya happy..byk projek maksudnya byk la duit..insya Allah...segalanya akan berjalan lancar jugak...

    Saturday, July 10, 2010

    my responsibilities....

    ngeh...ngeh... mulai selasa lepas saya tambah lagi watak saya dalam hidup saya ini. Isteri..anak..kakak..pengurus..peniagawati..pembuat coklat..cikgu coklat dan tambah lagi satu ... PELAJAR..
    Jadi kena lah susun betul-betul kehidupan ini.

    Kebahagiaan mak & ayah...
    Bila kami berdua (kebetulan adik saya pun akan melanjutkan juga pelajarannya kat Uitm) masing-masing apply dan dapat jd students semula mak dan ayah lah yang paling happy..
    Sebenarnya mak dah lama suruh..tp saya pernah kata saya tak nak amek masters tp nk amek Dip in Culinary kat FIM..mak terdiam bila saya jawab macam tu. Mak pernah ckp anak org lain ramai amek masters. Anak dia sampai Degree aje...hahhahha..kitorang ketawa je sebab ramai je anak org lain yg belajar takat SPM..mak tak bersyukur..hahahha..tp sekarang bila saya dgn adik masing-masing sambung belajar terpancar sinar kebahagiaan di wajah mak dgn ayah saya sendiri rasa bahagia dan dirahmati..Yelah keberkatan itu datang daripada keredhaan ibu ayah...

    p/s: ayah dan ibu..itulah permulaan kami..dapat melihat bulan dan matahari...

    Friday, July 2, 2010

    spaghetti bolognese for veggie

    yang ini 'terbuat' veggie. disebabkan semua bahan dah ada kecuali minced meat/sosej/apa2 la haiwan..tak ada dlm fridge maka jadilah resepi ini. Actually resepi asal daripada Teacher Haslinda tp dah bahan tak cukup lalu digabungkan la dgn bahan2 sedia ada maka terhasil lah resepi ini

    Photobucket

    spaghetti (apa2 pasta)
    4 biji tomato (mkn 3 org..kalau utk 10 org better guna 1kg tomato)
    1/2 botol sos spaghetti Kimball (td saya pakai Cendawan punya)
    1/2 botol sos tomato (kalo utk 10 org guna la sebotol)
    1/2 tin baked beans
    2 biji bawang besar -hiris
    2 ulas bawang putih-hiris
    10 biji lada kecik-hiris

    1. Potong dadu tomato kemudian rebus dgn sedikit air - kasi tomato tenggelam
    2. Tumis bahan yg telah dihiris di kuali berasingan sehingga naik bau
    3. Setelah tomato lembek/separa hancur masukkan sos spagheti Kimball dan sos tomato
    4. Kemudian masukkan bahan yang telah ditumis ke dalam periuk berisi sos spaghetti tadi
    5. Setelah menggelegak masukkan baked bean.
    6. Sedia untuk dimakan bersama spaghetti/pasta yang telah di rebus al dente dgn sedikit minyak

    Friday, June 25, 2010

    tolong sikit yer...

    hari ni dpt email dari geng2 homechoc. ada 2 org yg gambar hasil chocolate & cakes diorg di copy paste oleh org lain dan org2 itu pulak mengaku  itu sebagai hasil diorg sendiri. Apa kata anda?

    Bg saya kalau nk meniru idea org (tgk blog2 org lain then dpt la idea nk buat mcm org tu) ok lah...kira sama tp x serupa. Tapi kalau dah copy paste gambar dr blog org lain then mengaku plak itu hasil sendiri amatlah memalukan dan tak beretika.

    Saya terus teringat beberapa bulan yg lepas..saya letak gambar2 chocolate hasil kerja tangan saya dan di deco oleh adik saya ke dlm facebook. Saya tak letak pun watermark tulisan mengecop itu adalah hasil drpd kokoanfrens. Adik saya tegur dan dia ckp nnti ada org copypaste gambar ni n claim itu hasil mereka. Saya buat tak endah je (sampai la skrg) sebab saya fikir, saya takkan sanggup buat mcm tu kat org lain maka org lain takkan la buat benda2 x berfaedah mcm ni. Tp hari ni baru la saya terasa yg 'heyyy ikeen u r so naive mmg la kau tak sanggup buat kat org lain mcm tu..tp ingat semua org mcm kau ke? ramai je la yg hati kering sanggup je ciplak & copy paste gambar kau dan claim itu hasil sendiri' oh..skrg br tersedar (tp still tak buat apa2 pun utk mengelakkan gambar chocolate saya di copy paste..amatlah lembab)

    p/s: jgn dah terhantuk baru terngadah...

    Thursday, June 24, 2010

    baru dapat duduk

    huh...

    baru saya dpt duduk setelah sampai ke rumah pukul 6.30pm td...
    balik rumah letak back pack bukak tudung terus ke dapur. Potong chocolate dan cairkan. sambil tunggu choc cair terus memasak utk suami berbuka puasa. Dah siap masak semua terus sambung buat choc..sekilo tuhh...huh...ni baru boleh duduk. Tapi kejap lg kena bangun semula...nk buat bread butter pudding dan jelly utk dimakan dgn fruit cocktail. Ni pulak utk di bawa ke ofis esok sempena birthday partner & sorang staf dan juga sempena meraikan convo sorang staf dan jugak sbg farewell party seorg staf yg akan bercuti belajar.

    oh ye..semlm saya masak lemak daging salai sebagai juadah mkn mlm. ni dia resepi saya

    Photobucket

    daging salai (mak & ayah beli kat Linggi..amatlah best)
    bawang merah ditumbuk
    lada kecik ditumbuk
    bwg putih sebiji ditumbuk
    halia sikit juga ditumbuk
    serbuk kunyit
    santan
    kentang

    semua bahan tumbuk, daging, santan & kentang di masuk terus ke dalam periuk. Tambah air tapi jgn byk sangat sebab kalau kuah cair tak sedap lah masak lemak tu.

    ini masak lemak daging salai style saya. Siang tadi bawa lauk lebih pegi ofis makan ramai2 dgn partners habis nasi satu periuk...

    Wednesday, June 23, 2010

    pagi-pagi

    hari ni pagi2 lagi saya dah start bekerja...bekerja bermula dari rumah.
    biasalah org perempuan. cuci baju, kemas dapur, kemas bilik tp tak la kemas mana pun. sebab dapur penuh dgn barang2 membuat cuppies. Adik saya buat cuppies utk jualan secara kecil-kecilan (juga dibwh jenama KOKOAANDFRIENDS).

    lepas mengemas sikit-sikit tu..saya membungkus chocolate pulak..kemudian jemur baju dan terus keluar rumah ke kedai membeli bahan-bahan membuat coklat. Dan akhirnya ke ofis.

    sampai di ofis buka email dan terus membaca email2 drpd kwn2 dan juga pelanggan chocolate.

    dapat satu email drpd pelanggan dr Gurun kak Zaimun namanya. terharu membaca email kak zaimun. kak zaimun puas hati dengan rasa coklat saya..cuma dia kata saya kena improvekan lagi packaging dan decoration coklat plus harga agak pricy. terima kasih kak...

    saya akan berlatih byk2 nk deco coklat sebab selama ni asik bergantung kpd adik kalo bab mendeco..(kebetulan coklat kak zaimun saya sendiri yg deco)

    tetapi bab harga tu saya tak dpt tolong banyak. sebab harga coklat tak menentu dan asik naik (pernah ke harga turun?) dan saya menggunakan coklat couverture yg pastilah mengandungi lemak koko tulen..saya dah terangkan kepada kak zaimun dlm email tadi. coklat murah ialah coklat compound yg menggantikan lemak koko dengan lemak sayuran. kalau anda2 semua lihat coklat yg berkilat2 dan berwarna-warni itu adalah coklat compound. saya jual jugak compound kalau sesapa nk request harga yg murah ataupun utk doorgift sebarang majlis

    p/s: terima kasih kak zaimun sebab rekemenkan coklat saya pada kwn dia cikgu haneem

    p/p/s: ada jugak customer nk coklat couverture tp nk harga compound... gua tak dpt tolong jack !!

    anyonghaseyo...

    salam dan selamat malam...

    selama ni ada blog untuk berjualan je..hari ni saja gatal2 nk buat blog utk diri dan keluarga.
    hidup tak lah interesting sgt...so-so..tp amatlah happy dan happening (plus fening sikit)

    saya sedang mengitung hari untuk kembali bergelar pelajar. oh belajar..mmg terasa muda bila nk masuk kampus semula..x gitu?..lebih2 lagi ayah ckp saya nmpak mcm student bila sy balik kampung dgn ber back pack...(malas nk bwk handbag)...

    sebagai persediaan saya start makan vitamins untuk minda..start nk mengunyah kismis..dha fikir nk start minum susu dicampur dgn ground almond..kasi cergas kembali saraf2 otak2 membaca dan berfikir ni

    dan daripada excited nk kembali ke kampus ni lah terfikir nk buat blog utk tatapan diri sendiri...
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...