Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, November 16, 2010

kuih kalakatar

Photobucket

1st time tau pasal kuih kalakatar (wadai kalakatar) masa tgk majalah 3..masa tu dah la bulan puasa...adoii rasa mcm nk pegi hari tu jugak ke Parit Buntar nk beli kat pasar Ramadhan dia. Ini kuih orang Banjar. Tp ada jugak la org Banjar yang tak tau pasal kuih ni. Terjumpa pulak resepi dalam Kongsi Resepi. Terus marked dan tunggu masa yang sesuai nk buat. Dan sempena menyambut Raya Haji berdua je dengan suami di KL, saya decided nk buat kuih ni sebagai juadah hari raya kami.
Kuih ni sedap makan masa panas. Nama pun dah Kala (masa) Katar (panas)...hahhaha

Resepi ada pelbagai, tapi saya guna resepi ni.
2 biji kelapa muda diambil isinya
5 cwn air kelapa
1/2 cwn gula
1 biji telur
2 cwn tepung gandum
1 sudu makan tepung beras

cara;
1}blend semua bahan kecuali isi kelapa
2}tapis dan masukkan kedlm periuk dan panas sekejap diatas dapur gas[agak2 mula memekat tutup api] - saya x tapis pun...hehe
3}masukkan isi kelapa dan kacau
4}tuangkan adunan kedlm loyang yg tlh disapu minyak dan bakar dlm oven[api atas bawah sampai masak]

**kalau makan masa panas kaut je dengan sudu sebab dia lembek lagi
**nk potong2 kena tunggu dia sejuk dulu
**seelok2nya isi kelapa tu nipis tp kalau amek juga yg tebal potong halus2 iisi kelapa tu supaya senang nk potong nanti.
**seelok2nya pakai loyang bulat..saya buat satu loyang bulat..satu loyang 4 segi tebal (loyang kek)..dah susah nk potong..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...