Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, November 14, 2010

Khabsa Chicken Grilled & Salad

Photobucket

bosan asik makan nasi je?..tukar la kepada makanan yg ringkas tp mengenyangkan...memang kenyang..tersangat..sampai bangun esok pagi pun orait lagi...!

Now everybody can make pastry....!

PhotobucketPhotobucket

ha..ini dia obsession saya yang terbaru. Buat puff pastry. Dah lama usha2 kat blog abg MG dgn mamafami tetiba pegi kat Jusco Equine semalam terjumpa la benda yang dicari-cari. Puff pastry jenama Kawan. Harga dia RM4.50 ada 10 sheets. Ok. kepada kawan-kawan yang ada oven dan suka buat sendiri b/fast tp malas nk buat puff pastry sendiri (mcm saya) boleh la beli yang dah siap. (sapa yg rajin buat sendiri tu lagi bagus...)

Inti untuk buat puff pastry tu boleh la dibega2 kan...sardin, tuna, apple, coklat etc..

pagi semalam saya buat sardin puff sempena menyambut kedatangan Saif yang pertama kali ..(bukan Saif yg makan..ibu & ayah Saif la..Saif tukang tengok sambil mulut mengunyah...)

ok..kalau nk tahu cara membalut inti2 dgn puff pastry ni sila rujuk blog abg MG or mamafami ye...

Thursday, November 11, 2010

Antara Amalan Yang Memurahkan Rezeki Kita

Photobucket

Antara amalan2 yang boleh memurahkan rezeki kita semua. Saya copy paste dari blog kawan saya ceri. Saya memang gunakan vitamins shaklee. Amatlah bagus...!

1.Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.

2.Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa yang memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yan g tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-N as a’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari A bd ullah bin Abb as r.a.) 

3.Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sa bd a Nabi s.a.w.: “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yan g dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4.Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah maka hati akan menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim) Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
 
 

Saturday, November 6, 2010

Godaan Musim Peperiksaan

Adoi...time2 nk exam ni lah saya terliur nk makan itu & ini. Geram betul !! Selagi tak masak mulalah asyik nak membelek blog resepi. So untuk meredakan resah gelisah ni saya masak la apa yang patut dahulu sebelum all out lepas exam ni nanti (chewahhh all out la konon...)

Tempura - udang, keledek jepun, kentang, bwg besar, terung, karot, zuchinni etc
atas permintaan kak raject ku sayang..ni resepinya..bukan resepi tp caranya...
potong nipis segala apa yg nk di tempurakan
pakai la tepung tempura yg ada kat Giant etc..saya guna Agromas Tepung Goreng serbaguna sebab ada rasa rempah..maklumlah org melayu...bukan org Jepun pun
bancuh tepung dgn sebiji telur dan air sikit..jgn cair sgt n pekat sgt
celup bahan2 td dgn bancuhan tadi..kemudian salut dgn tepung yg kering (x bancuh dgn apa2)
then masuk dlm kuali ..goreng dgn minyak byk & panas

nori soup (sup rumpai laut)
1/2 biji bwg besar potong dadu
1 ulas bwg putih
5 biji cili padi (ikut tahap kepedasan anda)
2cm halia muda (agak2 je)
tumis semua diatas
masukkan kuib pati ayam & ayam kisar (ikut la..nk letak haiwan lain pun ok)
masukkan air 2 mug
dah gelegak masuk tomato dipotong dadu, tofu, & seaweed (nori)
jgn kacau laju..nanti pecah tofu plak..garam gula ikut selera
ini resepi campak2 kwn saya mango cuma ubah2 sket - derhaka

Ini antara makanan yang saya cuba hari ini.

sambal tumis tempoyak


ni kira makanan rugi keluarga...sambal tumis tempoyak...tak payah resepi pun semua org tau buat rasanya kan?

ikan bilis segenggam dua (ikut la sebenarnya nk byk mana)
1 bwg besar
10-15 lada kecik (ikut la tahap pedas anda)
1 ulas bwg putih
2 sudu tempoyak
1 keping asam gelugor

1. tumbuk lada kecik + bwg besar + bwg putih + ikan bilis
2. panaskan minyak & tumis bahan-bahan yang dah ditumbuk tadi
3. bila dah garing masukkan tempoyak yang dah di bancuh dengan sedikit air
4. masuk asam keping dan garam
5. masak la sampai agak garing

Thursday, October 28, 2010

Laksa Perlis

tak tahu pun rupa2 nya buat laksa perlis amatlah senang...selama ni kalau pegi pasar malam suka beli laksa perlis..sedap tersangat..ni resepi daripada seorang kwn yg asalnya orang Perlis..

1 paket laksa (tp saya selalu standby 2 paket)
7 ekor ikan kembung/sardin
1 tin kecil sardin dlm sos tomato - ikut la ayambrand ke..adabi ke
12 biji lada besar
5 biji cili kecik (optional - x yah pun x pe..koz nnti mkn jugak dgn cili potong)
2 biji bawang besar (selain drpd penyedap rasa..fungsi bwg besar ni sbg pemekat kuah..sama la mcm bila kita buat soto)
sikit belacan (kalau nk gatal idung...hahhahha...)
3 keping asam gelugor
daun kantan
daun kesum - lg byk lg sedap

1. rebus laksa - lama sket & toskan
2. rebus ikan sehingga lembut dan ambil isinya
3. blend isi ikan bersama2 dgn sardin dlm tin
4. blend lada besar, lada kecik, bawang besar & belacan (kalau nk blend sekali dgn ikan pun boleh...kot2 la blender besau)
5. masukkan semua yg dah di blend ke dlm periuk
6. tulang2 ikan tadi boleh la blend juga dan tos ..ambil airnya bukan tulangnya yer
7. masak semua bahan2 tadi sampai menggelegak
8. masukkan daun kantan, daun kesum & asam keping..
9. kalau pekat sgt tambah la air...(saya pakai semula air rebusan ikan..tp make sure masa cuci ikan tu kasi la lumur ikan dgn limau kasturi..kasi hilang hanyir)
10.jgn lupa garam/gula yer


aksesori
- telur rebus
- timun
- hirisan bwg besar
- jus limau kasturi
- hirisan lada kecik (cilipadi)

p/s: kuah ni kalau bermalam lg best..

my life here & there

                                                        Saif dah pandai berborak

Hidup perlukan kemeriahan..kalau tidak ia akan mendatar dan amatlah boring..

1. Dapat anak sedara pd bulan Ramadhan lepas...cucu pertama di dlm family En Jabar..namanya Ahmad Saifullah b. Ahmad Fairuz b. Abdul Jabar b. Md Dom...dengan nama manjanya SAIF...skrg menjadi family center of attraction...semua ahli keluarga asik cerita pasal saif yg bulat itu...so kami dah jadi mommie ikeen dan daddy nuh... insya Allah weekend selepas raya haji nanti akan diadakan majlis aqiqah Saif cum majlis kesyukuran mak ida cum majlis hari jadi daddy nuh & mamak azim ...insya Allah kambing 3 ekor...ayam kampung 40-50 ekor..
planner utk majlis ni siapa lah lagi kalau bukan wan saif dan mak2 sedaranya ni. Kami yg terlebih excited mengalahkan ibu ayah saif. Sampai nk tentukan tarikh majlis pun kena tgk jadual mak2 sedara saif (semua pun students). Theme color pun kami ni yg sibuk. Doorgift pun kami yg sibuk...menu...tentatif majlis..etc.. wan Saif dah bgtau mommie ikeen nk pegi Nilai 3 beli barang2 majlis..wahhhhh...mcm majlis bertunang plak yer...

2. saya amat busy dgn assignment dan final exam. kadang2 tension tp seronok jugak bila berkumpul dgn rakan2 yg sama2 semangat nk study. Abg2 kakak2 adik2 pelbagai usia classmates saya..tp kecohnya still mcm masa 1st degree dulu...insya Allah..semuanya akan berjalan lancar...Ameen...

3. wahhhh bulan 11 mmg bulan yg amat sibuk bg syarikat kami...mcm2 aktiviti..saya happy..byk projek maksudnya byk la duit..insya Allah...segalanya akan berjalan lancar jugak...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...